ReviewReviewReviewReviewReview :: SABDA RASULULLAH S.A.W. BERKENAAN WANITA ::Apr 25, '08 1:28 PM
for everyone
Category:Other
:: SABDA RASULULLAH S.A.W. BERKENAAN WANITA ::
------------------------------------------------------------------------------------------------- Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiada seorang Muslim yang melihat wanita lalu dia memejamkan matanya, melainkan Allah s.w.t. akan memberi pada rasa lazat beribadat di hatinya." (Riwayat Ahmad & Al-Tabrani)
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Jika seorang berzina maka keluarlah iman daripadanya bagaikan payung di atas kepalanya dan bila menghentikannya maka kembalilah iman kepadanya."
(Riwayat Abu Daud, Al-Baihaqi & Al-Tarmizi)
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Barang siapa yang mempunyai anak perempuan dan tidak membunuhnya hidup-hidup, tidak menghinakannya dan tidak sayang anak lelakinya melebihi anak perempuan, nescaya akan dimasukkan dia ke dalam syurga." (Riwayat Abu Daud & Al-Hakim)
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Dari Ummu Mukminin Aisyah r.a. "Pilihlah tempat air mani kamu dan nikahilah orang-orang yang sepadan."
(Riwayat Ibnu Majah daripada Imam Al-Hakimi)
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sebaik-baik saf bagi orang lelaki ialah di hadapan dan seburuk-buruknya ialah di belakang. Sebaik-baik saf bagi orang perempuan ialah di belakang dan seburuk-buruknya di hadapan." (Riwayat Muslim)
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiada dosa yang lebih besar di sisi Allah s.w.t. sesudah syirik daripada titisan mani yang diletakkan di dalam rahim yang haram baginya." (Riwayat Ibn Abid Dunya)
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesungguhnya yang berzina atau minum khamar maka terlepaslah iman daripadanya sebagaimana orang melepaskan gamis (baju) dari kepalanya." (Riwayat Al-Hakim)
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Kahwinilah wanita-wanita yang berada di dalam lingkup/naungan yang baik kerana pembuluh darah itu laksana cahaya." (Riwayat Ibn-'Adi)
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Janganlah engkau nikahi orang-orang yang masih berkerabat kerana anak dicipta laksana cahaya. Carilah wanita-wanita yang jauh dan janganlah engkau memilih yang dekat hubungannya."
(Riwayat Ahmad, Malik & Al-Nasai)
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Bukanlah kemuliaan itu dengan memakai pakaian cantik dan bersegak tetapi ia adalah dengan ketenangan (sopan santun) dan merendah diri." (Riwayat Ad-Dailami)
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Setiap isteri yang minta cerai dari suaminya tanpa apa-apa (tanpa alasan yang dapat dibenarkan) maka haram atasnya bau syurga." (Riwayat Abu Daud & Al-Tirmizi)
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Bila tertusuk seorang dengan jarum kecil atau jarum besar dari besi, maka baik baginya daripada menyentuh wanita yang tidak halal baginya." (Riwayat Al-Tabrani dari Ma'qil bin Yasar r.a.)
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesiapa yang membaca Surah Al-Waqi'ah pada setiap malam, maka tidak akan menderita kemiskinan untuk selamanya." (Riwayat Al-Baihaqi dari Ibn Mas'ud r.a)


Add a Comment
How would you rate this thing? (optional)
   
© 2008 Multiply, Inc.    About · Blog · Terms · Privacy · Corp Info · Contact Us · Help