BLOGS

Blog EntryLafaz taklik wajar diseragamkan?Just to share..Jul 17, '08 10:10 PM
for everyone

Cuba teman-teman membacanya..saya hendak berkongsi sahaja.... petikan sumber dibawah ini adalah dari Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). ..apa pendapat anda?Perlukah kita seragamkan?atau apa....?Penting ke?ini adalah contoh-contoh dari beberapa negeri di dalam Malaysia...

Perbezaan antara negeri timbulkan pelbagai kesulitan perundangan

APAKAH maklum balas anda apabila mengetahui bahawa lafaz taklik antara negeri di negara kita berbeza-beza antara satu sama lain? Paling tidak pun anda akan terfikir, wajarkah sebuah negeri yang kecil seperti Malaysia, mempunyai 14 lafaz taklik yang berbeza-beza antara satu sama lain?

Lafaz taklik adalah lafaz talak taklik (talak tergantung) yang dibaca dan dilafazkan oleh suami selepas akad nikah dijalankan. Ia bermaksud suami mengaitkan talak dengan sesuatu sifat atau syarat, sama ada mempunyai hubungan dengan isterinya, suami sendiri atau orang lain. Semua negeri mempunyai lafaz taklik, dan ia sudah menjadi suatu kemestian. Lafaz taklik ini akan dicatatkan sekali dalam Sijil Perakuan Nikah pasangan yang sudah berkahwin.

Lafaz talak taklik yang disyaratkan selepas perkahwinan suami isteri berbeza antara satu negeri dengan negeri yang lain. Penulis membawa beberapa contoh seperti berikut:

Terengganu

“Saya dengan sesungguhnya melafazkan bahawa tiap-tiap kali saya tidak bersekedudukan dengan isteri saya (nama isteri) bagi selama tempoh empat bulan dengan tidak putus-putus, sama ada saya meninggal akan dia atau dia meninggal saya dengan ikhtiar atau dengan terpaksa dan tatkala ia mengadu ia kepada kadi dan tatkala sabit pada sisinya di atas ketiadaan sekedudukan selama itu maka tertalaklah isteri saya (nama isteri) itu dengan satu talak.”

Kedah

Lafaz talak taklik yang baru di Kedah berbunyi:

“Apabila aku tinggalkan isteriku (nama isteri) lamanya enam bulan Hijrah dan kemudian daripada itu mengadu ia kepada Kadi dan sabit yang demikian itu pada sisinya, maka kemudian daripada itu tertalaklah ia dengan satu talak”

Perak

“1) Tiap-tiap aku tinggalkan atau tiada aku memberi nafkah yang layak bagiku akan isteriku (nama isteri) tiga bulan atau lebih lamanya dan mengadu ia kepada mana-mana kadi syarie dan sabit pengaduannya pada sisi Kadi itu, maka tertalak isteriku itu dengan satu talak.

2) Jika ada perbalahan kedua aku laki isteri maka mengadu isteriku (nama isteri) kepada mana-mana kadi syariah dan sabit pengaduannya pada sisi kadi itu, maka mengakulah aku akan bertaklik seperti yang dipersetujui kadi itu. Sekiranya ingkar aku daripada bertaklik sedemikian itu maka gugurlah satu talak di atas isteriku itu.

3) Tiap-tiap aku rujuk akan isteriku (nama isteri), dengan tiada redanya, maka tertalaklah ia satu talak pula.”

Selangor

“Saya mengaku apabila saya tinggalkan isteri saya (nama isteri) selama empat bulan hijrah berturut-turut atau lebih dengan sengaja atau paksaan, dan saya atau wakil saya tiada memberi nafkah kepadanya selama tempoh yang tersebut pada hal ia taatkan saya atau saya melakukan sebarang mudarat kepada tubuh badannya, kemudian ia mengadu kepada mahkamah syariah, dan apabila sabit aduannya di sisi mahkamah syariah, dan ia memberi kepada Mahkamah Syariah, yang menerima bagi pihak saya satu ringgit maka pada ketika itu tertalak ia dengan cara talak khuluk.”

Kebanyakan negeri memasukkan syarat jika suami meninggalkan isteri selama empat bulan atau lebih dengan sengaja atau paksa atau suami atau wakil suami tidak memberi nafkah kepada isteri selama tempoh itu, pada hal isteri masih taat kepada suami.

Beberapa negeri lain meletakkan syarat meninggalkan isteri dalam tempoh berkenaan dan suami atau wakil suami tidak memberi nafkah kepada isteri pada hal isteri masih taat kepada suami. Dua syarat ini dibezakan dengan perkataan ‘dan’ dan ‘atau’. Kedah dan Pulau Pinang mensyaratkan tempoh yang lama iaitu enam bulan.

Syarat talak taklik Terengganu berbeza dengan negeri lain di mana disyaratkan jika suami dan isteri tidak bersekedudukan selama empat bulan berterus-terusan, sama ada suami meninggalkan isteri atau isteri meninggalkan suami, sama ada dengan sukarela atau terpaksa.

Perak pula meletakkan syarat jika berlaku perbalahan antara suami dan isteri, maka isteri boleh mengadu kepada hakim untuk mensabitkan talak taklik itu.

Kebanyakan negeri meletakkan syarat jika suami menyakiti atau mendatangkan sebarang mudarat kepada tubuh badan isteri, maka isteri boleh mengadu kepada Hakim untuk mensabitkan talak taklik itu. Melaka mensyaratkan jika suami tidak mempedulikan isteri lamanya empat bulan, isteri boleh memohon cerai taklik.

Sabah meletakkan syarat tambahan jika suami menyakitkan tubuh badan atau kehormatan atau harta benda isteri, maka aduan untuk mensabitkan talak taklik boleh dibuat oleh isteri. Johor memasukkan syarat tambahan jika suami ghaib selama setahun atau lebih, isteri boleh mengadu untuk mensabitkan talak taklik berkenaan. Syarat ini tidak terdapat dalam syarat taklik di negeri lain.

Melihat dari segi jenis talak jika Mahkamah mensabitkan talak taklik juga berbeza antara satu negeri dengan negeri yang lain. Kelantan, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan dan Johor misalnya, jika syarat taklik disabitkan oleh hakim, maka isteri perlu membayar RM1 dan selepas perceraian boleh disabitkan dengan cerai khul’ (tebus talak).

Tetapi di negeri lain, jika syarat taklik disabitkan oleh Hakim, isteri tertalak dengan satu talak rajie.

Perbezaan seperti ini tidak seharusnya berlaku kerana umat Islam di Malaysia berpegang kepada mazhab Syafei yang sama. Perbezaan ini walaupun nampak kecil, beban untuk membuktikan syarat ini di Mahkamah berbeza antara satu sama lain. Perbezaan ini juga menampakkan betapa tidak seragamnya urusan pentadbiran agama di negara ini, walaupun hakikatnya perkara itu boleh diseragamkan.

Lafaz taklik ini adalah sebahagian kecil contoh perbezaan prosedur dan pentadbiran Agama Islam di negara ini.

Sudah sampai masanya pihak kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa pada peringkat pusat dan berusaha untuk menseragamkan prosedur dan pentadbiran urusan agama Islam di Jabatan Agama Islam negeri, seperti ditubuhkan Jabatan Kehakiman Islam Malaysia (JKSM) untuk menyelaraskan pentadbiran dan prosedur amalan di Mahkamah Syariah negeri-negeri.

Lafaz talak taklik

Terengganu
“Saya dengan sesungguhnya melafazkan bahawa tiap-tiap kali saya tidak bersekedudukan dengan isteri saya (nama isteri) bagi selama tempoh empat bulan dengan tidak putus-putus, sama ada saya meninggal akan dia atau dia meninggal saya dengan ikhtiar atau dengan terpaksa dan tatkala ia mengadu ia kepada kadi dan tatkala sabit pada sisinya di atas ketiadaan sekedudukan selama itu maka tertalaklah isteri saya
(nama isteri) itu dengan satu talak.”

Kedah
“Apabila aku tinggalkan isteriku (nama isteri) lamanya enam bulan Hijrah dan kemudian daripada itu mengadu ia kepada Kadi dan sabit yang demikian itu pada sisinya, maka kemudian daripada itu tertalaklah ia dengan satu talak”

Perak

“Tiap-tiap aku tinggalkan atau tiada aku memberi nafkah yang layak bagiku akan isteriku (nama isteri) tiga bulan atau lebih lamanya dan mengadu ia kepada mana-mana Kadi Syarie dan sabit pengaduannya pada sisi Kadi itu, maka tertalak isteriku itu dengan satu talak.”

“Jika ada perbalahan kedua aku laki isteri maka mengadu isteriku (nama isteri) kepada mana-mana Kadi Syariah dan sabit pengaduannya pada sisi Kadi itu, maka mengakulah aku akan bertaklik seperti yang dipersetujui Kadi itu.Sekiranya ingkar aku daripada bertaklik sedemikian itu maka gugurlah satu talak di atas isteriku itu.”

“Tiap-tiap aku rujuk akan isteriku (nama isteri), dengan tiada redanya, maka tertalaklah ia satu talak pula.”

Oleh Musa Awang
Penulis adalah Setiausaha Agung Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM).

semalam aku menonton rancangan bertajuk "Mencari Menantu"..episode ini sudah berterusan agar lama..tapi semalam aku cuba mendengar cerita tersebut..ternya ia adalah program mencari jodoh..bagus sekali..episode semalam adalah akad nikah..wali..ibubapa..kadi dan sahabat-handai serta pengacara majlis itu juga..semua berkumpul di majlis upacara tersebut...isteri kesayangan aku memberitahu bahawa pasangan-pasangan harus diinterview terlebih dahulu sebelum mereka diberi pasangan ideal mereka dan setiap episode ada interview dan ada sesi soal dan jawab..tapi semalam adalah acara kemuncak 3 pasangan berjaya mendapatkan pasangan masing-masing..aku duduk hanya untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang rancangan itu..mereka semua akan dinikahkan oleh wali-wali sendiri atau berwalikan kadi..dua pasangan diwalikan oleh bapa mereka sendiri dan satu lagi diwalikan oleh kadi..satu -persatu mereka dinikahkan...apabila ibu dan bapa diberi kesempatan untuk memberi ucapan atua luahan pada anak-anak mereka iaitu pengantin perempuan ....sebagai memberi tanggungjawab kepada suami-suami mereka..ada yang menangis...maksudnya ibubapa..dan ada juga seorang pengantin lelaki..kalau tak silap beliau adalah seorang mualaf...apabila beliau membaca taklik itu..secara tiba-tiba beliau menangis bagaikan syaitan menangis melihat anak-anak Adam a.s .dinikahi..beliau tersedu-sedu apabila membacanya sungguh dengan penuh keinsafan dan merasa "berat tanggungan" seorang suami terhadap isteri ,keluarga dan anak-anak dan para jemputan juga merasa terharu....sebelum mereka membaca..kadi sebagai kodinasi upacara tersebut mengatakan ..apabila bahagian tatlik pihat wanita suka mendengar....apa maksudnya itu?dari apa yang kita maklumkan bahawa apabila pengantin lelaki mengangkat nikah dan lalu membaca taklik..menunjukan mereka mengambil alih tanggungjawab dari ibubapa si pengantin perempuan...jadi sebagai mengangkat atau menlafazkan taklik bererti si suami harus tahu tanggungjwab mereka selepas bernikah dan seterusnya..aku teringat pada hari persandingan aku..bapa mentua aku yang menikahkan dan isteri aku sendiri tidak tahu hanya pada hari pernikahan kami barulah kita tahu..alhamduliah semua telah selamat hingga hari ini semuga berkekalan hingga ke syurga..insya'allah ..amin..

Blog Entry"Charity begins from home!"Diskusi...Jul 15, '08 1:07 AM
for everyone
"Charity begins from home!"...maksudnya semua yang kita pelajari bermula di rumah dan bukan di luar..seperti berkongsi,berkeluarga,kasih-sayang,parasaan dan sebagainya..pastinya di rumah mulanya anak-anak pelajari dai ibubapa dan sebelum dilahirkan juga sudah dipraktikan ajaran agama dan kurikulum...pendek kata semuanya bermula di rumah dan ibubapa menjadi pembimbing dan guru sebelum mereka mengenal dunia luarsebelum bayi dilahirkan ibu yang diutamakan oleh bapa kerana ibu yang mengandung perlu banyak perhatian dari segi emosi dan makanan..ada mintak yang aneh-anaeh sekali..tapi kata orangtua-tua dahulu pembawaan bayi dan harus dituruti kalau macam andaian akan berlaku ..seperti dia tidak dapat makan bayi jadi begini dan begitu...kasihan bapa,,nak tak nak terpaksa melayankan karenah itu..tapi itu hanya lah seketika sahaja.. ...selepas bayi itu lahir pula .diberi kasih dan sayang dan dimanja-manjakan..dan akan memberi dan membeli susu dan barang-barang yang terbaik..hingggakan membelanjakan wang yang banyak..itukan anak kita semestinya kita belanjakan..kerana mahu yang terbaik..lepas itu alam kanak-kanak pula..ibubapa juga harus memainkan perana yang penting kerana sekarang mereka telah masuk alam kanak-kanak yang mula nak ambil tahu..seperti seterika alat untuk menggosok baju..benda itukan panas ..mereka nak pegang juga..kadangkala ibu lalai terkena mereka dah mula menangis..tapi mereka pelajari dari kesalahan mereka..cuba perhatikan..benda itu panas..dia pegang ..sakit dia menangis..apabila mereka lihat barang itu lagi dengan sendirinya ia tidak mahu pegang lagi...lesson learnt...masih alam sekolah dan setrusnya..jadi kita kenalah senantiasa pantau reaksi mereka selagi mereka belum bernikah dan dalam jagaan kita..pastikan mereka tidak berubah fikiran apa yang telah diajarkan..ini di dalm rumah tapi jika di luar susah juga hendak dikawal..mungkin kita ambil tahu siapa teman-teman mereka ..sekurang-kurangnya kita tahu dengan siapa dia berkawan tapi jangan ambil mudah..sahaja..dah kenal kawan diam sahaja..perlu ada "follow-up" juga takut-takut disalah gunakan teman sebagai temapt sandaran...dan seterusnya..kita harap mereka akan menggangap ini satu ilmu yang mereka akan gunakan pada satu hari apabil mereka menjadi kepala keluarga kelak...insya'allah semuga ALLAH memberkati kitaemua..amin..

Blog EntryCuaca dan mood..apa kaitannya..?DiskusiJul 14, '08 9:35 PM
for everyone
aku selalu katakan bahawa cuaca ada kena-mengena dengan mood kita...jika ditempat kerja kami selalu berkata bagaimana mood/cuaca.. bos...?ada yang menjawab..panas..maksudnya marahlah tu...sejuk..cool...tidak menentu....perasaan bercampur-campur...seperti hujan dan panas...cerah..nampaknya moodnya bagus..kita salanig-menyalin bertanya kerana waktu kita hendak meminta sesuatu kena lihat atau tahu mood atau cuaca bos..nasib untung sabut..timbul tapi nasib vatu tenggelam..seprtinya kita harus tahu bila mahu berjumpa dengan bos atau kalau boleh tunggu..bersabarlah..jika kecemesan/urgent pastikan yang benar-benar kecemasan..seperti kematian...anak sakit..isteri mengandung dan sebaginya..yang boleh diterima akal dan fikiran..kadangkala jika kena panggil dan mood tak baik....kita bercanda...bacalah ayat-ayat yang anda tahu semuga selamat semuanya..ketawa kami beramai-ramai..pastinya jika sesiapa kena panggil jawablah sendiri..bagi diri aku jika ada masa'alah lebih suka berjumpa bos dari terus simpan ke dalam hati..kerana aku tidak suka membawa balik hal-hal yang berkenaan di pejabat bawa balik ke rumah.pastinya untuk mengelakan diri dari terbawa-bawa kemarahan atau kesedihan..kalau boleh selesaikan di tempat kerja sahaja..tidak kira kena marah atau sebaliknya...bagi diri aku hal rumah tidak boleh bercampur-aduk dengan pejabat..ahli keluarga tidak berdosa dan tidak patut kita membuat mereka sebagai "punching bag"..hari-hari kita akan mendapat feedback dari teman-teman yang telah berada di tempat kerja terlebih awal dari kami..inilah dinamakan teamwork dan good communication..antara staf...

Bagi diri aku kebanyakan dari cerita-cerita tauladan dan mutiara kata...words of wisdom...tapi yang ringkas adalah words of wisdom...dan jika membaca buku atau menonton filem atau televisyen pula  aku akan mencari moral of the story atau mesej yang hendak disampaikan pada para penonton..kalau tidak pengkrtik mulalah memberi pandangan serong mereka...itu adalah tugas mereka...anggap sahaja satu kritk atau saranan untuk memajukan sesutau perkara..think positive...tambahlagi mutiara kata boleh dapat dibaca di mana-mana..dan mudah ditampal di dinding dan dimana orang mudah membacanya...aku terpesona atau lebih suka cara begitu..kalau nak dikatakan masa...semua orang sibuk...kenapa begitu?aku akan cuba huraikan,,cuba memahaminya kerana ia adalah pandangan dari sudut individu...membuat aku cepat bertindak jika kata-kata tersebut mudah didapat...aku juga menampal keratan surat khabar cerita-cerita orang yang berjaya serta bagaimana mereka boleh berjaya...untuk putraku membacanya dan sedikit banyak menunjukan beliau bahawa kalua oranglain boleh kenapa tidak dirinya sendiri..tidak secara langsung aku juga mempelajari cara-cara mereka boleh brerjaya dan tercapai matlamat hidup mereka...kebanyakan berkata bahawa disiplin yang paling utama,rajin dan terus berusaha,percaya diri (konfiden)....tapi bercanggah juga ..mungkin tidak atau ?satu hari , teman aku pernah bertanya kepada rakan sejawatan..mereka berkata bahawa wang...dengan menpunyai wang kita dapat menghantar anak-anak ke kelas tambahan sebagai menyokong dan membantu anak-anak yang lemah di sesuatu subjek atau perkara..apa pendapat anda wang?money do the talking and telephone do the walking..maksudnya dengan wang ia lebih mudah untuk mendapatkan sesuatu dan menelefon adalah mendapatkan matlumat sebagai satu infomasi dan memang benar anak-anak beliau berjaya semuanya.......cara lain pula aku suka membaca buku tentang orang-orang yang dulu susah tapi sekarang masya'allah telah berjaya dan dikenali pula...pastinya pahit dan manis yang telah mereka lalui membuat atau hasilnya sekarang mereka berjaya... dan pengalaman menjadi pengetahuan juga ..

Blog EntryGAGAL!Diskusi...Jul 14, '08 5:31 AM
for everyone

Apakah erti kegagalan pada teman-teman semua..mari kita lihat perbezaannya...dan kita berkongsi cara-vara kita memotivasikan diri kita dan bagaimana kita mengatasinya?Jadikan ini sebagai satu tempat idmana kita akan pandai menghadapinya kelak pada satu masa..pasti semua orang pernah melalui dan belum pernah mengambil iktibar darinya...semuga perkongsian ini memberi manfaat bagi MPers semua..jangan taku tiada salah atau benar...just to discuss and share..not harm at all...tiada apa-apa yang harus kita taktkan...dipersilakan..

Kegagalan ada macam-macam cara dan perkara menyebabakan ia berlaku dan ada mengatakan bahawa ia ada HIKMAH disebalik setipa yang gagal dan tidak tercapai..Bagaiamana anda menilaikan kegagalan itu dalam context kehidupan kita sehari-harian..adakah baik dan buruk..dan bagaiman kita membendung atau mengatasinya..perlu makan masa atau sekejap untuk get over it?pastinya tidak semudah ada mengambil bertahun-tahun..hinggakan membuat kebencian pada seseorang atau pun sesuatu perkara?any idea kenapa ia berlaku?menamngis jawapannya atau duduk sahaja boleh menyelesaikan sesuatu masa'alah...didalam sudut pemikiran oranglain berbeza seperti berikut ..cuba baca dan fahamkan..verse ini...


Failure Is Delay, But Not Defeat. It Is A Temporary Detour, Not A Dead-End Street” (William Arthur Ward)

Kegagalan adalah satu peristiwa yang tertangguhkan kejayaan Anda. Bukan bermakna Anda dah kalah, cuma belum berjaya.

Jadi, untuk berjaya sepenuhnya, perlu tambahkan lagi usaha, mantapkan jiwa agar hasilnya menjadi lebih cemerlang!

Takut gagal adalah perasaan yang menghalang ramai orang dari mengecap manisnya kejayaan. Selain takut gagal, mereka tak mahu merasa perit bangkit dari kegagalan, malu dan tidak sanggup berdepan dengan lebih banyak kegagalan.

Saya faham andai Anda salah seorang dari yang tak sanggup berdepan kegagalan. Tapi Anda kita masih tak sanggup berdepan dengan kegagalan, kita takkan ada kemajuan diri dalam pelajaran, kerjaya dan perniagaan.

Walaupun pernah gagal, kita tetap akan ada peluang untuk bangkit semula. Untuk itu, kita perlu berubah, kuatkan semangat, fokus ke masa depan lalu berusaha merubah nasib sedaya mungkin, sekuat mungkin, ubah seboleh yang mungkin.

Kegagalan bukan jalan mati, tapi hanya satu persinggahan. Jangan kalah pada kegagalan, anggap saja ia guru yang mengajar Anda erti ketabahan.

Be strong in heart, mind and soul.


Apa yang saya atau teman-teman lalui pasti berbeza...hanya ceritanya sama iaitu "gagal"..kata orang menempuh kegagalan membuat seseorang lebih sempurna dan lebih semangat untuk teruskan kehidupan..ada yang mahu habiskan nyawa mereka dengan membunuh diri?sememangnya tidak mudah untuk mengatasinya..tambahlagi bagi orang-orang yang baru menghadapinya...pahit,benci,mahu lari,bunuh diri,bersumpah dan sebagainya ....???

Anda mesti berubah menjadi lebih kuat mulai hari ini. LiveStrong!


Blog EntryHari ini.....!Jul 13, '08 8:16 PM
for everyone
Seperti biasa bangun untuk solat subuh...tiba-tiba mata ku di sebelah kiri kelihatan susah hendak dibuka dan aku terasa bengkak dan merah apabila aku melihat cermin..pasti kena  sakit mata....sebenarnya cerita mata kiri ku ini sudah beberapa hari aku merasa kesakitan tapi pagi ini aku tidak boleh bertahan lagi jadi aku perlu ke doktor untuk dirawat tambahlagi aku bekerja dirumah tumpangan orang-orangtua.. dan perlu jauh dari penyakit..takut-takut orang-orangtua akan mudah mendapat penyakit mata..tanpa aku berlengah lagi aku sms bos aku tentang perkara tersebut dan berniat untuk pergi ke klinik keluarga seperti biasa...dan aku cuba menguruskan masa kerja bersama-sama teman-teman sejawat..ini hari aku bekerja giliran malam dam tidak mungkin aku akan pergi ke pejabat dengan keadaan mata ku yang bengkak dan merah..jadi aku menyuruh teman aku standby..jika aku dapat cuti sakit..hingggak sekarang mata aku masih merasa sakit dan membengkak...sementara menantikan masa lawatan ke klinik aku tulis posting dulu..sebenarnya aku tidak berapa suka mengambil cuti sakit jika tidak begitu serius aku akan kembali ke pejabat..tapi di dalam keadaan aku tidak mengizinkan aku kembali demi keselamatan pasien-pasien aku..nampaknya aku terpaksa mengambilnya..airmata aku sering mengalir dan tahi mata juga susah hendak keluar seperti biasa..maklumlah sakit mata jadi fungsinya tidak ok...nampaknya aku terpaksa pergi sekarang kerana tiap-tiap hari Isnin klinik penuh ramai orang tidak seperti biasa..tahu pula adakah mereka betul-betul sakit atau "malas" hendak pergi kerja.."Monday Blue"?

Blog EntryRugi jika tidak tahu bahasa ibunda!Jul 11, '08 11:51 AM
for everyone
semangat aku untuk terus belajar bahasa ayahanda aku keturunan bugis sudah mula membara kerana itu satu kerugian jika tidak aku pelajarinya..ibaratnya hanya tinggal nama...buat apa jika sepatah haram tidak tahu bercakap dan jangan buat pengakuan jika tidak tahu sedikit pun bahasanya jadi bahan ketawa sahaja......sungguh sedih dan menrugikan..buat pengetahuan teman-teman aku sedang mengumpulkan kata-kata yang mudah dan senang dipelajari dan difahami..ada yang teman yang sering membantu aku..kata orang sedikit -sedikit menjadi bukit..pastinya..sekarang konsentrasi aku pada dua bahasa daerah iaitu bahasa bugis dan sunda...insya'allah aku akan cuba mempelajarinya dengan tekun..hanya masa menentukannya...teman-teman aku merasa hairan kenapa aku berusaha mempelajarinya sedang orang sibuk hendak belajar bahasa seperti perancis,jepun.mandarin,german dan sebagainya?..bagi diri aku kerana  teman-teman aku kebanyakan keturunan Sunda dan Bugis...tambahlagi aku akan kE Bengkalis mencari saudara -mara aku yang hanya tinggal anak dan cucu mereka..orang-orangtua sudah banyak meninggal...semuga ALLAH mencucuri Rahmat ke atas rohnya..insya'allah..amin..teman saya dari Singapore juga sibuk mempelajari bahasa ayahanda kita iaitu Tuahbugis ..dan beliau sekarang sedang sibuk mengumpul bahan-bahan dari bahasa bugis untuk dijadikan satu blog..harap kita nantikan posting beliau..aku memberi sedikit banyak hal yang aku ketahui dan aku pelajarinya bersama teman-teman aku..terimakasih wahai teman-teman yang berkenaan..kamu tahu siapa kamu ya..semuga niat dan hajat kami tercapai hendaknya..jika didizinkan ALLAH kami akn bisa berbahasa daerah secepat mungkin..semuga dan doakan kita sukses dan berjaya...satu hari nanti..

Blog EntryAdakah anda merasa tertekan!Jul 11, '08 1:52 AM
for everyone
apabila berjumpa dengan teman-teman sebelum berumahtangga..dan ternampak mereka yang telah bernikah dan membawa anak-anak mereka..rasa tertekan juga..tapi tidaklah sampai sakit jantung..masih boleh dikawal..hanya melayankan perasaan sahaja...bagi diri aku..aku melihat hierarchy di dalam keluarga aku..pastinya yang tua mesti diberi kehormatan dahulu untuk bernikah..bagaikan ikut giliran..sabar sebahagian dari IMAN pastinya...apabila kakak-kakak dan abang-abang aku mendirikan rumahtangga..segala-gala tanggungjawab dipikul oleh aku dan adik-adik aku..kebanyakan aku yang harus membantu tapi waktu itu abang aku ada seorang yang belum bernikah..dia masih santai aja..cool dan take it easy..masih hendak enjoy...bagi diri aku seperti" passing baton" di dalam upacara berlari ganti-ganti...aku mengambilnya dengan senang hati dan target aku untuk bernikah sekurang-kurangnya 30 tahun ke atas..no rushing just listen to your heart not pressurized by environment or peers...(teman-teman)...waktu itu aku juga mencari-cari jodoh juga dan sambil memperhatikan adik-adik aku jika mereka sudah bersedia mengambil alih tanggungjawab itu kerana bukan senang tapi berkat menjaga ibubapa pastinya paling bagus sekali dan dengan berkat doa mereka..pasti tercapai maksud dihati kita..insya'allah...kerana doa ibubapa memberi perangsang kepada anak-anak menjadi cemerlang dan berjaya..insya'allah...aku bertunang selama 2 tahun..kerana aku sudah tetapkan umur maksima pada diri aku...waktu aku mencari banyak juga dugaan dan cubaan..aku berserah kepada ALLAH bahawa jodoh ditangannya..kita hanya berusaha dan meminta yang terbaik..nobody is perfect but ALLAH memberi kita akal dan fikiran untuk menentukan kehidupan macamana yang kita hajati/ingini..insya'allah..semuga setiap langkah yang akan kita ambil akan diberkati ALLAH.. ingat ALLAH waktu susah dan senang...pasti dilindungi dan diberkati juga...insya'allah..amin..

Blog EntryKehangatan Bulan Ramadhan!Jul 10, '08 11:03 PM
for everyone
Cuaca semakin hari kelihatan semakin panas..setiap kali bulan Ramadhan akan hampir tiba ..kehangatan dari segi cuaca pasti ketara kita rasakan jika dibandingkan pada masa-masa lalu cuaca hari ini kurang menentu..hujan ..panas..dan hujan bercampur-campur..tidak dapat diramalkan.. ..yang selalu aku rasakan dan kehangatan tentang bulan ini yang hampir dekat juga sebahagian negara sudah mula sibuk mengadakan tilawatul Quran di dalam negara masing-masing..mengadakan seminar tentang bulan yang mulia itu serta kelebihan..termasuk juga hal mengenai cara penjimatan dari segi sudut agama...bagi negara-negara yang akan mengambil bahagian atau diundang di dalam peraduan tilawatul Al- Quran ke negara jiran..sibuk memilih wakil mereka..teringat masa kecil dahulu bahawa bila tiba bulan tersebut..di kaca televisyen akan mengadakan siaran langsung peraduan membaca AL-Quran peringkat antarabangsa..dan ia hanya diadakan pada bulan ramadhan sahaja..tapi sekarang mereka tukar kerana akhir peraduan itu berlaku pada malam hari lebaran..kasihan pada qari dan qariah..kelam-kabut hendak balik lebaran bersama keluarga tercinta..dan juga kerana sembahyang sunat terawih...bagi aku cara pemakanan juga dapat aku rasakan bahawa berkurangan dan tidak merasa lapar walaupun tidak berniat untuk berpuasa..mungkin telah dilatih sejak kecil lagi...pastinya asyik.. jika kita lihat di akhbar-akhbar pihak-pihak tertentu seperti masjid-masjid dan tempat keagamaan sibuk mengundang pensyarah dari luar dan dalam negeri mengadakan seminar atau forum sebagai keprihatinan mereka tentang agama dan pastinya persediaan harus dibuat sebagai satu panduan...bagi anak-anak yang baru melangkah ke alam remaja..ibubapa sibuk juga menerangkan kepada mereka tentang bulan islam yajng penting dengan diberitahu kisah-kisah dan  sejarah bersangkutan dengan  hari tersebut..semuga anak-anak kita dapat lebih mengerti perihal ini dan semuga ilmu yang kita ajarkan akan juga  memberi satu bekalan untuk mereka dewasa kelak dan dapat diajar kepada  keluarga mereka juga..charity begins from home...semua yang mereka belajar datang dari rumah terlebih dahulu...kadangkala teringat masa kecil dahulu apabila mula berpuasa...setiap saat asyik melihat jam didinding sahaja...

Blog EntryBersumpah dengan AL-Quran...Jul 10, '08 12:50 PM
for everyone
Perlukah kita bersumpah  dengan AL-Quran untuk membuktikan kebenaran kita..?tidakkah cara lain untuk menunjukkan kebenaran atau menyelesaikan sesuatu masa'alah..... ibarat sanggup telan bara api demi menegakkan kebenaran mereka..apa kata dunia?AL-Quran menjadi bahan untuk rujukan tapi dengan menggunakan ia sebagai satu pengantaraan boleh dipandang serong oleh  di mata agama lain..tambahlagi kita sesama agama dan apa implikasinya..jadi bahan "ketawa sahaja"..saya merasakan bahawa cara ini hanya membuat seseorang itu atau kedua-duanya membuat diri mereka menipu diri sendiri atau "terpaksa" demi maruah atau kepentingan diri sendiri..jarang atau boleh dikatakan tidak ada di zaman nabi mereka menggunakan AL-Quran menjadi satu bahan..seperti kejadian baru-baru ini..pastinya jauh sekali...alasannya untuk membersihkan nama mereka..tapi apabila buat tuduhan sudahkah mereka berfikir?kesimpulannya kalau boleh janganlah menggunakan kitab suci ALLAH..AL-Quran sebagai solusi dalam pertikaian..mentelaah lagi sesama agama..cuba fikirkan..baik-baik?saya harap ada pihak yang akan kedepan untuk menyelamatkan maruah AL-Quran..demi kesejahteraan bahan rujukan orang-orang islam sedunia..tidak pantas dijadikan alat atau bahan..jika tahu keistimewaannya harus tahu menjaga nama baik bukan sebaliknya... 

Blog EntrySatu persatu meninggalkan kita!Jul 9, '08 11:20 AM
for everyone
Hari ini 9th Julai 2008..pada pukul jam 12.58 tengahari tadi..sedang aku sibuk menyiapkan makanan untuk orang-orangtua..tiba-tiba handphone aku berdering..kring..kring..kring..aku mengangkat lalu aku menjawabnya..sambil memberi salam..aku menerima berita buruk yang pakcik aku sampaikan bahawa nenek aku telah pulang ke Rahmatullah..aku pun menyahut dalam kesedihan..inalilahi wainailaihi rajium..aku tersentak sejenak apabila mendengar berita itu..dan pakcik aku menyuruh aku menalipon adik-beradik aku dan saudara-mara yang aku kenali dan ingat nombor telefon mereka..tanpa berlengah lagi aku menelefon kakak aku dan menyuruh beliau memberitahu tentang berita yang menyedihkan kepada yang berkenaan..aku terus sms bos aku dan mengatakan bahawa nenek saudara aku telah meninggal dunia..nenek saudara aku bagaikan nenek kita semua ..waktu kecil dahulu beliau banyak menolong keluarga kami..kami semua 9 bersaudara pastinya banyak yang kekurangan tapi dengan pertolongan nenek saudara aku ringan juga beban kami...kami semua besar di depan beliau dan sering juga waktu kecil kami tidur di rumahnya ..makan dan minum tidak jadi masa'alah..sampailah ke hari ini....sejak kebelakangan ini beliau tidak begitu sihat...aku menyuruh isteri ke rumah anaknya..aku menyusul kemudian..apabila sampai  di sana mereka sedang memandikan mayat...selepas itu dikafankan...(mayat dimula untuk dibaluti oleh kain putih) dan kami pun sembahyang mayat berjemaah....kakak aku berkata bahawa hanya tinggal ini sahaja orangtua yang lain masih muda...dan kita tiada lagi orang-orangtua..hanya tinggal adik ibuku yang masih hidup...masih lagi kuat dan masih lagi bekerja..alhamdulilah...semuga ALLAH panjangkan usia beliau..aku dan sanak saudara menghantar jenazah ke kubur...suasana di kawasan kubur itu lenggang ( tiada orang ramai)..
selepas upacara selesai kami pun beredar...samapai di rumah aku sempat bertanya pada pakcik bagaimana keadaan beliau..dari keterangan beliau..nenek saudara aku sudah memulai cakap berlainan dan beliau sibuk mengatakan bahawa beliau mahu pulang..ia bermula pada jam 8.30 pagi..selepas itu belaiu tidur..apa yang pakcik aku katakan bahawa mungkin nenek saudara aku telah meninggal dunia pada sebelah pagi...hanya dapat mengesahkan pada 12.30 tengahari...semuga kita berdoa agak beliau Rohnya dicucuri Rahmat dan ampunkan segala-gala dosanya...Al Fateha....amin..

Blog EntryMenolak Perintah Allah..Just to share..Jul 8, '08 9:05 AM
for everyone
Apa dosa iblis sampai ia dikutuk Allah dan dilarang masuk
surga? Kita tahu jawabannya: iblis  menolak perintah Allah
untuk bersujud kepada Adam. Apa dosa Adam sehingga
ia diusir dari surga? Kita tahu jawabannya: Adam melanggar
larangan Allah untuk tidak memakan buah khuldi.

Yang menghairankan kita adalah kenapa nasib Adam berbeda
dengan nasib iblis? Bukankah keduanya berbuat dosa? Namun
mengapa pada kasus Adam, Allah berkenan memaafkan Adam
sedangkan pada kes iblis, Allah melaknat iblis?

Ibn Qayyim al-Jauziyah dalam "al-Fawaid" mencuba menghilangkan
rasa hairan kita. Bagi murid Ibn Taimiyah ini, terdapat
perbedaan filosofi antara "menolak perintah Allah" dengan
"melanggar larangan Allah". Iblis menolak perintah Allah
karena kesombongan dirinya yang merasa lebih unggul
dari Adam. Sedangkan Adam melanggar larangan
Allah karena dorongan nafsu.

Kesombongan berakibat fatal. Hadis Nabi mengatakan, "Tidak akan
masuk surga orang yang dihatinya ada sebesar dzarrah (biji sawi)
dari sifat sombong." Al-Qur'an melukiskan sifat iblis dengan
"....ia enggan dan takabur, dan adalah ia termasuk golongan
orang-orang kafir" (QS 2: 34)


Pada kes Adam, dorongan hawa nafsu yang dimilikinya membuat
ia "tergelincir" namun ketika ia sadar akibat buruk perbuatannya,
ia langsung memohon ampunan Allah. Ini menunjukkan hawa nafsu
manusia boleh/bisa cepat dipadamkan dan manusia tak segan meminta maaf
kepada Allah.

Kesombongan rupanya jauh lebih berbahaya daripada godaan
hawa nafsu. Kesombongan sulit dilenyapkan. Efek sombong
membuat Allah murka. Kesombongan membuat kita enggan
mengakui kesalahan kita. Alih-alih menyadari kekeliruan
yang kita perbuat, kita malah sibuk mencari pembenaran
rasional atas kesalahan kita. Na¹udzubillah....

Tengoklah diri kita. Ketika kita tidak melakukan perintah Allah,
dan melanggar larangan-Nya, apakah itu kita lakukan karena kita
sombong? Moga-moga tidak!

Tengok diri kita sekali lagi, apakah kita sering menganggap
diri kita lebih spesial dibanding orang lain? Apakah kita
sering merasa lebih faham tentang Islam dibanding
saudara-saudara kita? Apakah kita merasa harus
mendapat hak khusus ketika melanggar suatu aturan ?
Apakah kita sudah merasa bakal masuk surga dan menganggap
orang lain bakal masuk neraka? Apa dorongan hati kita
ketika kita buat tuduhan sesat, bid¹ah, atau kafir
kepada saudara-saudara kita se-Islam, yang kebetulan
berbeda pemahaman keislamannya dengan kita?

Buka cermin hati kita. Ketika kita luahkan emosi kita
menanggapi pendapat orang lain yang berbeda dengan kita,
apakah itu didorong oleh perasaaan bahwa lawan diskusi
kita tidak mengerti tentang topik diskusi sehingga
hanya kitalah yang faham akan topik tersebut. Kitalah
yang selalu benar; dan yang lain cenderung selalu salah.
Jika ini yang ada di hati, maka  berhati-hatilah
karena kita sudah diperbudak-budakan oleh kesombongan kita.

Ketika kita kecam pendapat ulama yang kebetulan berbeda
dengan kita, apakah itu karena kita merasa lebih
tahu dari ulama itu? Ketika hati kita menjerit,
Aku lebih objektif karena aku jauh dari istana,
sedangkan ulama itu menjual ayat ilahi karena sering
ke istana, ingatlah kisah iblis ketika dia
berkata, Aku dicipta dari api karena itu aku lebih
tinggi dari Adam yang dicipta dari tanah! Padahal
disisi Allah, ketakwaan adalah ukuran-Nya;
bukan soal tanah-api, tidak juga soal istana atau gubuk.

Ketika kita berhasil menumbangkan sebuah rejim, apakah
kita berhak menepuk dada atas usaha kita dan menganggap
orang lain sebagai oportunis dan pahlawan kesiangan?
Moga-moga tidak! Namun, apakah kita merasa lebih islami
dengan pihak lain hanya karena kita atau partai kita
memuat simbol keislaman, sementara yang lain konon hanya
menekankan pada substansi semata; bukan simbol?

Sebaliknya, apakah kita cemooh mereka yang bergabung
dengan partai yang memuat "simbol" (baca: asas Islam)
 sebagai mereka yang tidak mengerti akan  ruh tasyri'
ayat Qur'an dan Hadis sehingga kita cap mereka sebagai
Islam fundamentalis yang perlu belajar Islam lagi?

Pada akhirnya, apakah kita tolak perintah Allah untuk
menjaga ukhuwah dan saling berkasih sayang dengan saudara
kita hanya karena pakaian kita berbeda?

Janganlah tolak perintah Allah! Jadilah Adam, yang merintih memohon
ampunan Ilahi; jangan jadi Iblis yang takabur dan sombong!

Blog EntryPenyakit Lupa...Just to shareJul 7, '08 11:36 AM
for everyone
semenjak bekerja di rumah tumpangan orang-orangtua ini ..seringkali terlupa lalu aku ingin mencuba mendapatkan maklumat...bagaimana aku boleh/bisa mengurangkan atau menghilangkan penyakit lupa aku?..inilah yang dapat aku kumpulkan butir-butir seperti berikut..ini hanyalah satu infomasi untuk keperluan kita..sekurang-kurangnya dapat kita usaha secara beransur-ansur...

Antara penyebabnya adalah: -

- Makan kepala ikan
- Organ  binatang seperti hati. Limpa, jantung, perut & yg seumpamanya melainkan atas nasihat doktor utk keperluan kesihatan.
- Makan Makanan yg tercemar oleh semut kerana semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yg menyebabkan daya ingatan menjadi lemah.
- Jangan makan berlebihan (makan semasa lapar berhenti sebelum kenyang).
- Jangan minum air antara suapan makan. Maksudnya, jangan minum sebelum anda selesai makan.
- Elakkan sukan yang boleh menyebabkan gegaran yg kuat kpd kepala seperti tinju, gusti & sebagainya.
- Pergaduhan/berkelahi sesama sendiri dengan memukul kepala juga boleh menyebabkan penyakit lupa. Gegaran di kepala yang kuat  dan terlalu kerap akan mengakibatkan kadar sejenis bahan kimia yang dipanggil 'dopamin'akan berkurangan di dalam sel-sel otak. Lalu mengakibatkan daya ingatan yg lemah & otot-otot yg kurang bermaya.

Rahsia Menguatkan Daya Ingatan

Untuk menguatkan daya ingatan, dengan rahmat dan sayang Allah SWT, kita dikurniakan makanan yg baik & dapat menguatkan sistem saraf kita. Diantara jenis makanan yang boleh meningkatkan fungsi ingatan adalah: -

- Buah anggur hitam
- Madu lebah
- Halia
- Buah badam
- Susu
- Air zam zam
- Kismis
- Jus karot & madu
- Epal
- Kurma
- Ikan tuna
- Tempe
- Air soya

Itu hanyalah sebahagaian daripd makanan yang boleh meningkatkan daya ingatan manusia. Selain daripada itu, oksigen juga amat penting untuk merangsang otak supaya sentiasa cergas dan cerdas. Satu teknik mengawal pernafasan yang amat baik diamalkan adalah dengan menarik nafas sebanyak 7 kiraan, kemudian tahan nafas sebyk 14 kiraan. Ulang selalu terutama sewaktu keletihan.

Keterangan-keterangan di atas hanyalah sebahagian kecil daripada cara-cara meningkatkan keupayaan ingatan/otak. Yang paling penting ialah ingat Allah SWT selalu. Daya ingatan akan bertambah kukuh sekiranya tidak sesaat pun kita lupa kepadaNYA. Amalan berpuasa sunat juga baik kerana puasa juga boleh menajamkan minda. Disamping itu latihkan diri berzikir seperti berikut: -

1) Ya Rahman (Maha Pemurah) 100x selepas solat fardhu.
2) Ya Hakim (Maha Bijaksana) 300x setiap hari.

Insya'allah jika selalu mengamalkannya, daya ingatan semakan kukuh & mudah menerima ilmu & mengingatinya.Semuga usaha kita semua akan berjaya kelak..hanya perlu ada percaya diri dan semangat untuk berusaha kerana ia adalah tangga kejayaan..



semalam aku dan keluarga pergi ke Famili Karnival Darul Mawa...ini adalah acara tahunan dan sekaligus mencari dana buat rumah tumpangan ini masih kurang dananya untuk membina satu impian rumah buat anak-anak yang kurang bernasib baik...semuga tercapai hajat dan impian yang murni ini satu hari kelak...aku dan keluarga aku membuat kerja amal dengan menjual charity kupon di hari tersebut..kami tiba pada jam 8.00 pagi lalu mengambil sarapan pagi sebelum bertugas.....pada jam 8.40 pagi baru kami sampai di rumah itu...kami bermula menjual kupon pada jam 9.30 pagi..aku dan putraku..isteri dan anak saudara yang dalam jagaan kami menjual bersama-sama..aku diberi 500 kupon untuk dijual oleh bos aku dan isteri aku harus menghabiskan kupon kepunyaan aku dan teman-teman yang masih belum habis menjual jadi aku terangkan kepada mereka tentang strategik aku..sebelum kami bermula ..kami berdoa agar penjualan kami akan berjalan dengan lancar dan bersih...cuaca pada hari itu tidak menetu dan kelihatannya pada tahun ini agak berkurangan sambutannya...mungkin kerana inflasi atau apa ya?oya! teman aku ada mengatakan bahawa salah satu temapat ada Roadshow Matematik & Sains.....rezeki masing-masing!..mula-mula penjualan kita agak lembab/perlahan..sambil berjual aku berdoa semuga penjualannya akan lancar dan supaya habis semuanya..insya'allah...pada hari itu ramai artis-artis Singapura/Malaysia,Dj-Dj Radio Singapura dan artis-artis Malaysia diundang seperti Dayang Nurfaizah,Sheila Abdul dan dari Singapura pula ialah Hady Mirza,Band Revalinan dan Ahli Fiqir...dan sebagainya...rakan-rakan sejawatan menjual gorengan seperti pisang,sukun,ayam dan potato wedges..cuaca pula hujan panas sekejap-kejapa dan panas serta redup dan sampai petang cuaca terang kembali...aku dapat mendengar lagu-lagu nyanyian mereka kebetulan sahaja kerana tempat di mana aku menjual berdekatan disitu...aku berhenti waktu solat sahaja dan teruskan perjuangan aku..pada akhirnya kami berhenti menjual kerana banyak kedai-kedai tiada menjual makanan lagi jadi kita berhenti...alhamdulilah kami dapat menjualnya dengan baik hanya tinggal beberapa keping sahaja..tapi kita semua merasa bahagia sekali..aku berterimakasih pada isteri,putra dan anak saudara aku kerena pergorbanan mereka menolong aku dan sekaligus akau menereangkan kepada mereka bahawa kita harus membuat kerja kebajikan ini sebagai menambahkan pahala di muka bumi ALLAH ini sebagai pembekal di akhirat nanti...insya'allah semuga diberkati...

Blog EntryTerlepas menemui orang yang dihajati!Jul 7, '08 12:30 AM
for everyone
Pagi ini aku membaca surat khabar /koran seperti biasa jika tidak bekerja..terkejut seketika  apabila terbaca artikal mengenai seorang pendakwah dan penulis novel yang saya minati Encik Habiburahman berada di Singapura...sungguh "menrugikan" sekali..beliau adalah seorang penulis yang sangat aku kagumi sekali kerana beliau menulis kisah cinta yang sebenarnya tetapi sebahagian besar novel yang ada di pasaran mempunyai tema cinta  lebih memaparkan kepada nafsu semata...tapi untuk beliau keinginan untuk melahirkan novel yang bertemakan cinta seperti yang dimuliakan Islam....aku cuba mendapatkan maklumat mengenai beliau kalau-kalau beliau masih lagi disini..aku dapat menghubungi pihak penganjur alangkah sedihnya beliau telah berangkat pulang pada pukul 10.00 pagi tadi...aku cuba meminta pihak penganjur memberi photo-photo beliau semasa beliau disini..insya'allah Encik Yahya yang menganjur  dan mengundang Encik Habiburahman sempena sambutan Bulan Bahasa tahun ini di Singapura..akan mengirim photo-photonya kelak...aku pun mengirim email kepada beliau mengucapkan terimakasih...Encik Habiburahman kesini sebagai ingin berkongsi motivasi dan pengalaman hidup yang mencorak penulisannya..tambahlagi beliau berkata "Cinta amat dimuliakan oleh Islam.Oleh itu, saya ingin menulis karya alternatif yang memaparkan cinta sebenar yang pastinya membawa kepada kebaikan di dunia mahupun di akhirat."..beliau kini sedang menulis novel susulan kepada Ayat-Ayat Cinta (AAC) manakala novel Ketika Cinta Bertasbih(KCB) kini sedang menjalani penggambaran filem...semuga beliau sukses dan akan menghasilkan banyak novel -novel sedemikian..insya'allah..aku akan berkongsi photo-photonya setelah kirimannya tiba...

semalam aku menghadiri satu seminar mengenai produk yang dikeluarkan oleh syarikat yang agak lama di pasaran dan aku diajak kesana oleh kakak aku..kakak aku cuba menerangkan kepada aku tentang bisnis itu dan apa yang kita akan dapat (merai keuntungan) dan advantage sebagai member...jadi untuk menyokong beliau aku ke sana bersama suaminya...sambil di dalam kereta kakak dan abang ipar aku masih menerangkan tentang perkara tersebut...ternayata abang ipar aku menyokong beliau dari belakang sambil memberi maklumat tentang produk-produk itu serta khasiatnya juga...aku tahu tidak mudah menjalankan perniagaan kerana ia perlu ada modal..masa..keyakinan..berani...kontek...semangat...dan sebagainya...tiba di sana aku serta kakak dan abang ipar aku pun masuk ke ruang di mana mereka mengadakan seminar tentang bagaimana kita booleh berjaya..sungguh mudah perjelasan mereka kepada apa yang mereka buat..sepertinya mereka mengatakan bahawa sebelum kita hendak memasuk dalam bidang ini..kita harus jadi pembelinya dahulu...sebagai experimen dan dari situ kita boleh memberi penjelasan yang baik dengan pengambilan produk-produk dari syarikat itu..tidak kira keperluan sendiri..kesihatan..rumah dan sebagainya...aku suka mendengar tambahlagi semalam mereka ada menjemput ahli mereka yang telah berjaya sebagai sepasang suami dan isteri..sebagai tetamu untuk memberi kata-kta semangat dan berkonsi pengalaman mereka...sudah tentu jatuh dan bangun pasti ada....waktu itu suaminya membuat liputan tentang bagaimana seorang boleh jadi pemimpin pada diri sendir..aku tertarik dengan topik itu kerana ia adalah sebahagian daripada diri aku memotivasikan diri dengan mendengar dan membaca tentang topik motivasi...pastinya aku dapat sedikit banyak tentang bagaimana kita boleh berjaya jika semangat kita tidak sepenuhnya dan percaya diri tidak ada..pasti tidak akan berjaya sama sekali..keseluruhan seminar itu menunjukan semangat pada memotivasikan diri seorang untuk berjaya...hinggakan mereka menggunakan lagu-lagu sebagai membakar semangat..sungguh menarik sekali..mereka menceritakan kejayaan-kejayan mereka hinggakan menjadi usahawan yang masih perlu lagi mengejar kejayaan bukan setakat mendapat apa yang kita perlukan seperti kereta,rumah,wang dan sebagainya..mereka menegaskan bahawa jika seorang sudah berjaya bukanlah bereti tamatnya perjuangan mereka malah mereka harus lebih kita menlakukan kelebihan dari masa ke semasa..itu yang membuat aku suka mendengar dan mereka memberi tips-tips bagaimana hendak berjaya bukan sekadar dalam perniagaan tapi di dalam sebagai kumpulan..pastinya teamwork..dan jangan ingat diri sendiri kerana kita memerlukan satu sama lain..baru nampak semangat perpaduan di kalangan kita sebagai satu pasukan di dalam team di dalam sebuah pertandingan..akhir apa yang aku hendak kongsi kata-kata mereka setiap kali mereka lafazkan...seperti berikut...aku boleh..aku pasti boleh..aku mersti boleh dan oh yeesssss! 

Blog EntryPernahkan anda nampak "hantu"?Jul 2, '08 4:53 AM
for everyone
di waktu aku kecil dahulu , aku tinggal di rumah kampong beratap rumbia dan berdinding kayu..rumahnya dekat di antara satu dengan lain...maklumlah rumah sewa...jikalau nak pergi ke tandas/bilik air...seperti buang air besar BAB..aku terpaksa berjalan lebih kurang 50m dari rumah aku...jika ke bilik air untuk mandi di dalam rumah aku sahaja...suasana di kampong sungguh beza sekali...tapi aku merasakan bahawa kehidupan di zaman perkampungan memberi banyak nostalgia dan zaman kecil-kecil dahulu sungguh seronok dan apalagi waktu itu aku masih lagi kanak-kanak lagi..aku teringat pada suatu hari,aku hendak pergi ke tandas untuk membuang air besar..waktu itu hari sudah malam...pastinya jika seseorang dalam kecemasan ia akan cuba membuat atau menlakukannya secepat mungkin...maklumlah hendak buang air besar...perut aku mula memulas lalu aku terus lari menuju ke destinasi tersebut....waktu itu aku tidak merasakan apa-apa kerana perutku yang sakit itu telah menguasai fikiran aku dan lupa pasal "hantu" atau cerita-cerita menakutkan..semuanya hilang dari ingatan aku...kelam-kabut aku berlari kesana...tentu sekali gelap-gelita..semua manusia sedang tidur nyenyak dan mungkin ada yang sedang bermimpi...pastinya..aku harus membuat kerja aku(BAB)...apabila tiba ke tempat itu aku pun...buat apa yang patut..zaman dulu tandas buang air besar lain sekali...selepas itu aku terus keluar dari bilik air...tiba aku merasakan takut sedikit..bertanya pada diri sendiri..pukul berapa ya?mungkin sudah 12 tengah malam..aku cuma bersahaja....aku berjalan menuju ke rumah aku seperti biasa...tiba-tiba aku ternampak bendanya tinggi dan panjang berwarna merah menyala ..berderatan mereka berjalan..aku hendak memastikan apa benda itu..kata orang-orang tua... kanak-kanak mudah nampak benda-benda aneh-aneh...kerana mereka adalah orang yang  baik dan cara pemikiran mereka bersih jika dibandingkan dengan orang-orang dewasa...???....ternyata jelas sekali benda itu..hinggalah sampai sekarang aku masih boleh ingat....tanpa berlengah lagi aku pun lari balik ke rumah...lalu terus tidur..pada keesokan harinya aku bertanya pada seseorang tua dan mereka mengatakan bahawa itu adalah hantu galah..patutlah ia tinggi bagaikan mencecah ke langit tingginya..tapi bagai diri aku masih belum pasti adakah betul hantu atau hanya khayalan aku sendiri atau???aku cuba bayangkan jika aku dapat berjumpa lagi.... apa harus aku buat???lari?pengsan?atau????...wa'llahualam...

Blog EntrySms adalah wang juga!Diskusi..Jun 30, '08 7:38 PM
for everyone
Aku perhatikan bahawa banyak program-program hiburan dan iklan-iklan (komersil) yang meminta supaya ramai orang mengambil bahagian dan menrai hadiah sebagai keuntungan balik atau sebagai pemenang dalam peraduan..tidakkah anda merasakan bahawa menggunakan kaedah SMS juga menunjukan bahawa ada kos yang harus dibiayai?walaupun kita mendapat percuma (free) atau gratis apabila membeli top-up card mahupun "line"....contoh kita disuruh mengundi para selebriti atau sesorang yang menjadi favourit dalam sesuatu pertandingan...bagi pendapat aku...mereka ada kuota..iaitu bilangan maksimum di dalam sesuatu yang diperuntukkan,dibenarkan atau ditetapkan...apabila cukup kuotanya maka mereka akan memilih pemenangnya..cuba bayangkan jika sesebuah syarikat tidak membuat pengeluarannya seperti barang-barang elektronik,telefon bimbit,pakej melancung..adakah mereka sudah menyediakan itu semua....  ??pasti itu hanya gimmick (penuh dengan muslihat atau taktik ) untuk menarik orang ramai untuk mengundi lebih banyak..dengan mengatakan lebih hanya mengundi peluang pasti lebih cerah..konfiden betul!..adakah peluang mereka lebih cerah? atau kepastian mereka akan menang jika dibandingkan dengan seorang itu hanya ada
kupon?kadangkala mereka yang bernasib dengan menbelanjakan paling minimum sahaja telah dapat memenangi hadiah puluhan dolar atau jutaan rupiah...!!!tidakah anda merasakan bahawa ini adalah satu pembaziran?pastinya jika kita tidak mempunyai telefon bimbit yang menggunakan "line" dan kita harus membeli top up kad....kos berlaku..pasti wang harus dikeluarkan?? tambahlagi dengan barang-barang keperluan sudah mula naik..BBN..terus naik..semestinya kita harus membuat perancangan kewangan juga memandangkan kos kehidupan di seluruh dunia sudah naik..buat keutamaan pada diri sendiri dan keluarga..sebagai prioritas semuga kita tidak akan membuat silap dan salah dalam kiraan pembelajaan yang itdak penting..cuba renungkanlah buat seketika..pasti mereka-mereka ini pandai membuat taktik bagaimana hendak menarik ramai pelanggan sebagai strategik mereka untuk mempromiskannya..pasti yang menjadi target adalah kaum ibu...dan mudah diperdayakan dengan barang-barang yang mereka tawarkan sebagai pemenangnya...kalau boleh jangan terpedaya dengan hadiah-hadiahnya kerana jika dibandingkan...lebih baik kita beli dari "menikam" istilahnya meneka...atau sudah menjadi kebiasaan kita menyukai barang-barang berupa hadiah dari membelinya sendiri....betul ke?atau perasaan mendapat hadiah itu menunjukan kepuasaan?

suatu ketika dahulu cuba-cuba ikutin teman menjadi salesman sebagai part time sahaja..saja-saja untuk mengenal dunia bisnis walaupun aku sudah ada kerja tetap mas itu..sekadar untuk menimpa pengalaman sahaja..no harm of trying...tapi benda yang baik bukan dadah atau benda-benda haram....ada satu prinsip yang mereka pegangan sebagai seorang penjualan iaitu.. dihujung pelangi ada sebuah tempayan emas!pertama aku tidak faham apa maksud tersirat dalam ayat itu???teman aku menerangkan bahawa itu adalah satu panduan imaginasi seperti kepercayaan apabila membuat sesuatu..percaya diri dan apa-apa yang dibuat satu hari anda akan mendapat keuntungan hanya perlu berusaha dengan kepercayaan bahawa kita boleh menlakukannya..pasti boleh!ternyata tidak semudah itu kerena harus bekerja keras sebagai pekerja dan bos sendiri perlu ada disiplin diri dan mahu belajar dan tidak mudah putus-asa...dan cara kita mendekati masyarakat dan penampilan kita harus bagus dan menyenangkan...pendek kata believe in yourself that you can succeed..matter of time..aku cuma bergabung seketika kerana aku ada kerja tetap aku..tapi ini adalah satu pengalaman yang sampai sekarang membuat aku berpegang pada prinsip itu walaupun ia tidak benar..kerana pelangi adalah dari pancaran matahari terkena air lalu memacar ke langit menyebabkan berlakunya pelangi...imaginary lines with colours..cuba pergi ke penghujungnya pasti tidak?kosong..tapi penerimaan pada konsep itu sungguh menakjubkan dan seseorang perlu dedikasi dan bersemangat dan berani menempuhnya dengan hati yang tenang dan ikhlas...kadangkala pekerjaan sebegini tidak ada jualannya hinggakan satu bulan wang tidak masuk..risiko tinggi tapi pulangannya pasti menguntungkan sekali..mau berani mencuba dan tidak mudah patah semangat..

© 2008 Multiply, Inc.    About · Blog · Terms · Privacy · Corp Info · Contact Us · Help